亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Huawei Lancar Perikatan Rakan Kongsi Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan Global Serlahkan Nilai dalam Ekosistem Industri

HUAWEI
2025-07-17 09:59 29

SHENZHEN, China, 17 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Huawei mengadakan Konvensyen China Rakan Kongsi Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan Global 2025. Lebih 300 tetamu rakan kongsi dari 40 negara hadir. Di acara ini, Huawei melancarkan Perikatan Rakan Kongsi Pendidikan dan Penjagaan Kesihatan Global (Global Education and Healthcare Partner Alliance, GEHPA). Inisiatif ini bermatlamat untuk memperkukuh komunikasi bersama rakan kongsi industri, memanfaatkan kekuatan bersama, mencapai kerjasama yang saling menguntungkan dan akhirnya membina ekosistem industri yang berkualiti tinggi dan mampan. Ahli-ahli perikatan boleh bersama-sama menjalankan penyelidikan teknikal dan membangunkan penyelesaian inovatif bagi memperkasakan transformasi digital dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia.


 


Pendidikan dan penjagaan kesihatan banyak dipengaruhi oleh perkembangan pesat teknologi dan aplikasi AI. Ernest Zhang, Presiden Jabatan Pembangunan Rakan Kongsi dan Perniagaan Komersial & Pengedaran di Jabatan Jualan Perusahaan Huawei, menyatakan bahawa Huawei komited untuk menyokong sepenuhnya rakan kongsinya dengan keupayaan yang dipertingkat, inovasi kolaboratif dan pengalaman perkongsian yang unggul. Matlamatnya adalah untuk memastikan lebih ramai rakan kongsi berkembang maju melalui kerjasama, bersama-sama menawarkan perkhidmatan kepada beratus-ratus ribu pelanggan pendidikan dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih indah untuk industri-industri ini dalam era AI.

Li Junfeng, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Public Sector BU, menyatakan bahawa sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan berada di barisan hadapan dalam transformasi digital dan pintar global. Huawei berhasrat benar untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi membina ekosistem rakan kongsi global yang mesra, saling menguntungkan dan mampan. Mereka akan melakukan hal ini dengan mencipta penyelesaian bersama, memupuk ekosistem industri, menetapkan penanda aras dan menginovasi model kerjasama.

Peter Zhou, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Storan Data, menyatakan bahawa pengumpulan data berkualiti tinggi yang besar dalam industri penjagaan kesihatan merupakan kunci untuk menerajui pelaksanaan AI dalam sektor ini. Beliau kemudiannya mencadangkan empat inisiatif: mempromosikan data dan pengurusan penjagaan kesihatan terpiawai, membina infrastruktur data diagnostik dan rawatan pintar yang dikongsi bersama merentas jabatan dan beberapa kampus hospital, memudahkan pembangunan kejuruteraan data dan model yang berasaskan alatan dan terpiawai serta mempercepat penciptaan dan penerimagunaan model diagnostik AI dan perniagaan rawatan yang kukuh bagi memupuk kitaran positif.

Melangkah ke hadapan, Huawei merancang untuk memperkukuh kolaborasi global, berinovasi secara konsisten dan mengaplikasikan teknologi baharu dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan bagi memenuhi keperluan pasaran yang berubah-ubah. Pada masa yang sama, Huawei juga akan komited untuk memacu pembangunan GEHPA yang berkualiti tinggi, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan pendidikan dan penjagaan kesihatan global yang mampan.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence