亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Madame Tussauds Perkenal 13 Patung Taylor Swift Baharu dalam Pelancaran Global Bersejarah

Madame Tussauds Hong Kong
2025-07-23 21:00 5

Patung lilin Taylor Swift baharu daripada Madame Tussauds Hong Kong akan meraikan era budaya rakyat, sebagai sebahagian daripada pelancaran terbesar jenama hiburan global ini setakat ini

HONG KONG, 23 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Menerusi berita yang pastinya akan membuatkan setiap impian yang tidak terbayang oleh peminat Taylor Swift menjadi kenyataan, jenama hiburan global Madame Tussauds mendedahkan pada hari ini pelancaran patung terbesarnya setakat ini dan mencipta bukan satu, tetapi 13 patung lilin Taylor Swift serba baharu. Patung-patung ini yang dilancarkan di 13 bandar merentas empat benua akan membuatkan para tetamu berasa seakan-akan mereka melangkah ke pentas di Taylor Swift | The Eras Tour.

Download high-res photos: //shorturl.at/kzEgh
@madametussaudshongkong #madametussaudshongkong #ThePeak
Download high-res photos: //shorturl.at/kzEgh @madametussaudshongkong #madametussaudshongkong #ThePeak

Pelancaran beberapa patung secara serentak ini merupakan pelancaran yang paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 250 tahun Madame Tussauds, lalu menggambarkan kedudukan Taylor Swift sebagai salah seorang artis yang paling berpengaruh dan lama bertahan dalam abad ke-21. Baru-baru ini, bintang yang menjadi ikutan ini mengakhiri Taylor Swift | The Eras Tour memecah rekod – menjual habis 149 tarikh jelajah merentas lima benua – dan kini Madame Tussauds mencipta legasi ini dengan mengabadikan detik-detik ikonik daripada jelajah yang bersejarah ini untuk peminat di seluruh dunia.

Laura Sheard, Pengarah Jenama Global di Madame Tussauds, berkata: "Taylor Swift ialah ikon generasi dan penjana budaya. Madame Tussauds mempunyai legasi berabad-abad lamanya dalam mempersembahkan dengan tepat dunia kemasyhuran, mengabadikan profil yang meninggalkan kesan terhadap budaya zaman berkenaan. Pengaruh Taylor Swift merangkum bidang muzik, fesyen, filem, aktivisme bahkan ekonomi. Kejayaan luar biasa jelajahnya yang memecahkan rekod merupakan detik yang tepat untuk Madame Tussauds mengabadikan artis ini dengan 13 patung – nombor bertuah Taylor – merentas empat benua bagi memastikan kami dapat menjangkau seramai mungkin peminat. Apa yang kami tahu mereka akan menyukainya sama seperti kami."

Sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 40 artis Madame Tussauds yang berkemahiran tinggi bekerja tanpa mengenal penat lelah selama 14 bulan dalam projek yang menarik ini yang mempersembahkan setiap 13 patung berpakaian dengan gaya kegemaran peminat yang unik daripada Taylor Swift | The Eras Tour. Imej dan rakaman yang dikeluarkan hari ini mendedahkan patung Madame Tussauds Hong Kong meraikan era budaya rakyat dengan gaya yang mengagumkan.


Mempersembahkan lengan terbelah dramatik dan perhiasan perincian daun, patung baharu ini dipakaikan dengan gaun Alberta Ferretti berwarna hijau yang panjang berjela-jela, dicipta khas oleh pereka untuk Madame Tussauds Hong Kong. Penampilannya disempurnakan dengan but bertali hijau dan mikrofon buatan khas yang dicipta oleh Rebel Stage Gear UK, syarikat penyesuaian pakar di sebalik mikrofon asal yang digunakan oleh Taylor semasa Taylor Swift | The Eras Tour.

Danielle Cullen, Jurugaya Patung Kanan Madame Tussauds berkata: "Ini merupakan projek yang paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 250 tahun Madame Tussauds yang hanya dirasakan sesuai untuk menggambarkan status tinggi Taylor Swift. Kami berbesar hati dapat bekerjasama erat dengan syarikat-syarikat fesyen seperti Roberto Cavalli, Vivienne Westwood, Versace, Christian Louboutin, Alberta Ferretti dan Etro untuk mencipta semula beberapa penampilan paling ikonik daripada Taylor Swift | The Eras Tour – kebanyakannya akan memberi kepentingan yang istimewa kepada bandar-bandar yang akan menjadi tempat menetap 13 patung baharu ini. Ia terasa seperti sambutan yang tepat untuk memberi peluang kepada peminat Taylor Swift untuk memperingati detik-detik daripada jelajah sekali dalam satu generasi ini dengan cara yang hanya boleh diberikan oleh Madame Tussauds."

Pelancaran pada hari ini menyaksikan usaha terbesar oleh Madame Tussauds sejak memperkenalkan tujuh patung Harry Styles pada tahun 2023 dan lapan patung Lady Gaga pada tahun 2011. Dilancarkan merentas estet global jenama hiburan yang terkenal di dunia, patung-patung baharu ini akan muncul di tempat tarikan Amsterdam, Berlin, Blackpool, Budapest, Hollywood, Hong Kong, Las Vegas, London, Nashville, New York, Orlando dan Sydney, dengan satu patung jelajah memulakan tapak penempatannya di Shanghai.

Susulan pelancaran ikonik pada hari ini, peminat akan dapat melawat patung lilin Taylor Swift baharu daripada Madame Tussauds Hong Kong di tempat tarikan ini mulai 24 Julai 2025. Perhatikan dengan teliti saluran sosial Madame Tussauds untuk berita lanjut mengenai pelancaran yang bersejarah ini.

Lihat untuk maklumat lanjut.

Source: Madame Tussauds Hong Kong
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Music Travel New products/services