亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

LAPORAN KELESTARIAN 2024 FERRERO GROUP TUNJUKKAN KOMITMEN, INOVASI DAN IMPAK TEGUH DALAM MENGHADAPI CABARAN GLOBAL

The Ferrero Group
2025-07-25 16:00 181

LUXEMBOURG, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Ferrero Group mengumumkan kemajuan terkini bagi perjalanan kelestariannya menerusi keluaran Laporan Kelestarian ke-16.

Berpandukan komitmen Ferrero Group sejak dahulu lagi untuk memberi impak positif sepanjang rantaian nilainya, laporan ini berkongsi kemajuan penting serta berterusan yang dicapai oleh perniagaan ini merentas keutamaan kelestarian utamanya.

"Kelestarian benar-benar diterapkan dalam strategi jangka panjang Ferrero. Ia merupakan pemacu asas bagi kebingkasan perniagaan dan membentuk keputusan yang kami buat, tatkala kami berkembang dengan penuh bertanggungjawab. Dalam menghadapi cabaran global, terutamanya perubahan iklim, komitmen kami tetap jelas: untuk mendapatkan sumber secara bertanggungjawab, berinovasi dengan berani dan melindungi alam semula jadi demi generasi-generasi akan datang. Kemajuan ini dijayakan dengan mengamalkan tindakan kolektif, memanfaatkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan serta terus-menerus belajar daripada pengalaman untuk memberikan impak yang boleh diukur dan bermakna," kata Giovanni Ferrero, Pengerusi Eksekutif Ferrero Group.

"Kami mencapai kemajuan yang stabil dalam agenda kelestarian kami pada tahun fiskal 2023/2024. Saya amat berbangga dengan langkah berterusan yang kami ambil untuk mencapai komitmen jangka panjang kami. Kami berjaya memajukan perjalanan kelestarian kami dan dalam masa yang sama mengekalkan pengawasan kewangan yang kukuh dalam seluruh syarikat. Kami berusaha keras berhubung kebolehkesanan ramuan utama kami dan peningkatan kebolehlihatan rantaian bekalan, sekali gus memajukan komitmen kami untuk mempromosikan hak asasi manusia dan meneruskan usaha kami melibatkan penyahkarbonan dalam perniagaan," kata Lapo Civiletti, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero Group.

Laporan Kelestarian yang terkini daripada Ferrero mengetengahkan kemajuan yang berterusan dalam kebolehkesanan merentas rantaian bekalan globalnya, dengan lebih daripada 90% ramuan utama kini dicartakan kepada asal-usulnya. Perkongsian strategik dengan Sourcemap dan Starling memperkukuh pengesanan jitu bagi komoditi utama - mencapai 97% kebolehkesanan koko dan juga minyak sawit serta 94% untuk kacang hazel.

Ferrero mencapai kemajuan yang kukuh menuju matlamat 2030 untuk mengurangkan separuh emisi gas rumah hijau, dengan pengurangan yang ketara sudahpun dicapai berbanding garis dasar 2017/18.

  • Emisi skop 1 dan 2 dikurangkan sebanyak 21.7%.
  • Bagi Skop 3, emisi FLAG (Hutan, Tanah dan Pertanian) dan bukan-FLAG diasingkan bagi meningkatkan perakaunan karbon serta meningkatkan keandalan dan juga ketepatan data.
  • 90% tenaga elektrik untuk pembuatan dan penggudangan kini diperoleh daripada tenaga boleh baharu.

Dengan 92.1% pembungkusannya yang kini direka agar boleh dikitar semula, syarikat ini mengekalkan komitmennya untuk memastikan lebih daripada 90% bahan pembungkusan boleh diguna semula, dikitar semula atau boleh dikompos.

  • Kemajuan nyata dicapai dengan mengurangkan plastik dara, termasuk penurunan 13% dalam nisbah plastik-kepada-produk. Ini termasuk penukaran kotak Ferrero Rocher daripada polistirena kepada polipropilena di Amerika Utara dan China, lalu menghasilkan anggaran penjimatan kira-kira 11,000 tan plastik.
  • Sorotan lain termasuk pelancaran Nutella Plant-Based dalam balang yang diperbuat daripada 60% kaca kitar semula dan pelancaran sudu kertas Kinder Joy.

Sorotan lain daripada Laporan Kelestarian Ferrero Group termasuk:

  • Keselamatan dan Kualiti Makanan: 100% daripada kilang Ferrero diperakui mengikut Piawaian Inisiatif Keselamatan Makanan Global (GFSI).
  • Pengambilan Bertanggungjawab: Fokus dikekalkan terhadap saiz hidangan yang ditentukan dengan teliti. 85% daripada volum yang dipasarkan mempunyai saiz hidangan 130 kkal atau kurang, 63% dengan 100 kkal atau kurang dan 91% dengan di bawah 150 kkal bagi setiap hidangan.
  • Memperkasakan Orang Ramai: 
    • Impak berterusan dengan komuniti di negara-negara penyumber melalui perkongsian sejak sekian lama dengan organisasi-organisasi antarabangsa dan tempatan, seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Save the Children.
    • Kinder Joy of moving mencapai lebih 3.7 juta kanak-kanak di 35 negara, dengan pelaburan melebihi EUR13 juta. Pada tahun 2024, Ferrero bekerjasama dengan Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) bagi menggalakkan rangkuman, ekuiti dan capaian kepada hak melalui sukan dan aktiviti fizikal, terutamanya untuk kanak-kanak, remaja serta wanita di Amerika.

Untuk butiran lanjut, sila rujuk Laporan Kelestarian penuh []

HUBUNGI: .

Source: The Ferrero Group
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Food/Beverages Environmental Issues New products/services Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG