![]() |
SINGAPURA, 31 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telahpun memeterai satu perjanjian perkongsian strategik bersama Biro Pentadbiran Lujiazui Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Shanghai) ("Biro Pentadbiran Lujiazui") dan Shanghai Lujiazui (Group) Co., Ltd., ("Lujiazui Group"), yang melaluinya Perennial Holdings akan memperbadankan sebuah syarikat pelaburan perubatan asing di Daerah Lujiazui bagi menubuhkan hospital besar tertiari milik asing penuh pertama Shanghai ("Perennial General Hospital Shanghai").
Perennial General Hospital Shanghai dijangka akan ditubuhkan dengan jumlah kos pelaburan sebanyak RMB500 juta berserta kapasiti terancang mencapai 500 katil. Hospital ini akan dibina mengikut piawaian antarabangsa, mengintegrasikan peralatan dan teknologi perubatan termaju, serta standard perkhidmatan global. Ia juga akan merangkumkan pasukan pakar perubatan yang cemerlang dari China dan luar negara bagi menyediakan penjagaan yang berpusatkan pesakit. Selain daripada bidang perubatan am seperti perubatan dalaman, pembedahan dan penyaringan kesihatan, hospital ini akan menempatkan pusat kecemerlangan dengan pengkhususan melibatkan ortopedik, onkologi, penyakit kardiovaskular dan otolaringologi. Dibangunkan dengan persekitaran penyembuhan gaya taman dan penjagaan diperibadikan, hospital ini komited untuk membawakan pengalaman pesakit yang selamat, cekap dan selesa. Hospital ini juga akan berfungsi sebagai platform ulung bagi tujuan pertukaran perubatan global, memupuk kolaborasi dan perkongsian kepakaran klinikal.
En. Pua Seck Guan, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perennial Holdings, berkata, "Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Biro Pentadbiran Lujiazui dan Lujiazui Group, menghimpunkan kepakaran kolektif kami dan mengesahkan sekali lagi keyakinan jangka panjang kami terhadap pasaran penjagaan kesihatan China. Shanghai merupakan hab kewangan dan perdagangan antarabangsa yang dinamik serta destinasi pelancongan global, menarik golongan elit perniagaan, bakat dan pelancong bernilai bersih tinggi dari serata dunia. Seiring bersama penduduk tempatan yang bersifat amat kosmopolitan di bandar ini, Shanghai menyaksikan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan perubatan premium dan diperibadikan."
En. Pua menambah, "Daerah Lujiazui berperanan sebagai ekosistem perniagaan yang paling berciri global dan komprehensif dalam pusat kewangan Shanghai. Terletak sejauh 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong dan boleh diakses melalui perjalanan kereta api apungan magnetik selama lapan minit, Daerah ini menikmati fungsi keterhubungan antarabangsa yang kukuh. Perennial General Hospital Shanghai akan memanfaatkan lokasinya yang strategik untuk menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan dan juga ekspatriat di bandar ini serta memperkenalkan rawatan dan pakej perubatan yang inovatif untuk pelanggan antarabangsa bernilai bersih tinggi bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan perubatan Shanghai. Melalui hospital ini, kami komited untuk mewujudkan sebuah hab penjagaan kesihatan yang luar biasa dengan jangkauan global, seterusnya menyumbang kepada pembangunan bandar ini sebagai pusat penggunaan antarabangsa."
Seorang jurucakap daripada Biro Pentadbiran Lujiazui, berkata: "Kami amat mengalu-alukan pengenalan terhadap sumber perubatan antarabangsa Perennial Holdings ke Daerah Lujiazui yang akan menyumbang dengan ketara kepada visi kami untuk membina sebuah bandar kewangan yang bertaraf dunia. Daerah Lujiazui merupakan sebuah hab untuk hampir 50,000 perusahaan domestik dan antarabangsa serta 500,000 ahli profesional. Ia mempunyai ekonomi yang jelas menumpukan ke luar negara, dengan ekosistem industri serta bandar yang amat bersepadu dan maju, lantas menjadikannya bandar yang ideal untuk menjalani kehidupan dan bekerja. Berusaha untuk menjadi hab yang utama untuk inisiatif "Five Centres" ("Lima Pusat") Shanghai dan zon pembangunan yang terkemuka di Kawasan Baharu Pudong, Daerah ini memfokuskan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi serantau dan mengoptimumkan persekitaran perniagaan serta kehidupannya. Hospital baharu ini akan memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem industri "Big Health" Daerah Lujiazui dan peningkatan reputasinya di seluruh dunia."
Seorang jurucakap daripada Lujiazui Group, berkata: "Berdasarkan kepakaran antarabangsa Perennial Holdings dalam sektor penjagaan kesihatan, Perennial General Hospital Shanghai akan mendapat banyak manfaat daripada dasar kondusif Kawasan Baharu Pudong untuk memperkenalkan rawatan perubatan antarabangsa dan pengurusan penjagaan kesihatan termaju bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang pelbagai untuk penduduk di seluruh wilayah Delta Sungai Yangtze selain menawarkan perkhidmatan perubatan bertaraf dunia yang ditujukan untuk golongan ekspatriat. Hospital ini akan menjadi hospital yang penting dalam memajukan infrastruktur Daerah Lujiazui, memupuk inovasi bersepadu dalam sektor penjagaan kesihatan, kewangan dan teknologi, sekali gus menyokong pertumbuhan sinergistik pusat kewangan antarabangsa Shanghai serta industri kesihatan yang lebih luas."
Sebagai sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan hartanah bersepadu, Perennial Holdings mempunyai lima pembangunan berorientasikan transit ("TOD") berpusatkan penjagaan kesihatan yang biasanya mengintegrasikan komponen rawatan perubatan, penjagaan warga emas dan hospitaliti, dihubungkan ke stesen kereta api berkelajuan tinggi yang terletak di Tianjin, Kunming, Chengdu, Xi'an dan Chongqing. Pada masa ini, syarikat ini memiliki, mengurus dan mengendalikan lebih 25,000 katil di kemudahan perubatan dan penjagaan warga emas, termasuk kira-kira 16,000 katil operasi dan lebih 9,000 katil yang sedang dirancang, merentas 15 bandar di China serta Singapura.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Cik Tong Ka-Pin Ketua Pegawai Korporat DID: (65) 6602 6828 HP : (65) 9862 2435 Emel: tong.ka-
|
Cik Crystal Tan Penolong Pengurus, Perhubungan Pelabur, Komunikasi Korporat & Pemasaran DID: (65) 6602 0994 HP : (65) 8128 8268 Emel: crystal. |
Latar Belakang Perennial Holdings Private Limited ()
Perennial Holdings Private Limited ("Perennial Holdings") ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan hartanah bersepadu yang bertapak kukuh dan beribu pejabat di Singapura. Syarikat ini memiliki, mengurus dan mengendalikan lebih 25,000 katil di kemudahan perubatan dan penjagaan warga emas yang terdiri daripada kira-kira 16,000 katil operasi dan lebih 9,000 katil yang sedang dirancang, terletak di 15 bandar di China dan Singapura. Di China, Perennial Holdings memiliki dan mengendalikan ekosistem penjagaan kesihatan bersepadu swasta pertama di negara ini yang menggabungkan platform perubatan unik yang bertumpukan perkongsian bersama para doktor dan salah satu platform penjagaan warga emas swasta yang terbesar di negara ini. Kemudahan rawatan perubatannya yang komprehensif mencakupi hospital besar, hospital rehabilitasi, hospital pakar dan hospital kejururawatan, manakala kemudahan penjagaan warga emasnya melibatkan kehidupan secara berdikari, kehidupan berbantu, rumah jagaan dan penjagaan demensia. Di Singapura, Syarikat ini akan mengendalikan pembangunan kehidupan berbantu swasta yang pertama di negara ini dan dijangka akan melancarkan tempat perlindungan rehabilitasi dan perubatan tradisional Cina bersepadu swasta yang pertama seumpamanya di negara ini.
Portfolio hartanah Perennial Holdings yang berkualiti menjangkau jumlah keluasan lantai kasar melebihi 84 juta kaki persegi di seluruh China, Singapura, Malaysia dan Indonesia. Syarikat ini memfokuskan secara strategik pada pembangunan berorientasikan transit ("TOD") berskala besar yang berfungsi sebagai pengupaya portfolio penjagaan kesihatannya dan pembangunan bersepadu yang utama. Ia memiliki enam TOD di China yang dihubungkan ke stesen kereta api berkelajuan tinggi ("HSR") yang mana lima daripadanya yang terletak di Tianjin, Chengdu, Kunming, Xi'an dan Chongqing merupakan TOD berpusatkan penjagaan kesihatan manakala satu TOD HSR yang berpusatkan komersial terletak di Hangzhou.