亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

México Quetzales - Armadillos FC Dinobatkan sebagai Juara di Phygital Contenders: Abu Dhabi - Football

Phygital International
2025-08-01 16:08 23
  • Dalam tempoh 5 hari, 21 kelab berjuang di peringkat fizikal dan digital untuk dinobatkan pemenang keseluruhan
  • Enam kelab melangkah menuju Games of the Future 2025 Disember ini yang akan berlangsung di ADNEC, Abu Dhabi

ABU DHABI, UAE, 1 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Wisel penamat telah ditiup pada Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football, dan México Quetzales - Armadillos FC telah muncul sebagai pemenang, merebut gelaran selepas perlawanan akhir yang mendebarkan. Diadakan di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC), penutup kejohanan selama lima hari itu menyaksikan enam kelab elit melayakkan diri secara rasmi ke Games of the Future 2025, yang akan berlangsung di Abu Dhabi dari 18–23 Disember 2025.

México Quetzales - Armadillos FC - Phygital Contenders Abu Dhabi champions
México Quetzales - Armadillos FC - Phygital Contenders Abu Dhabi champions

Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football menjadi tumpuan apabila 21 kelab elit dari seluruh dunia bersaing untuk merebut enam tempat di Games of the Future 2025. Diadakan dari 25–29 Julai di ADNEC, Abu Dhabi menjadi latar bagi beberapa phygital football athlete terkemuka berusia antara 19 - 40 tahun yang menunjukkan kemahiran mereka. Kini, yang terbaik daripada mereka akan kembali ke Abu Dhabi pada bulan Disember untuk bersaing dalam Games of the Future.

Dalam pertarungan terakhir, México Quetzales - Armadillos FC mengatasi CM Jardim dalam pertandingan sengit yang menyatukan permainan digital sepantas kilat dan kemahiran fizikal berimpak tinggi. Selepas keputusan seri 3-3 pada peringkat pertama, kedua-dua kelab berentap di padang dengan keputusan 3-1 untuk menutup tirai perlawanan akhir yang tidak dapat dilupakan, dengan skor keseluruhan 6-4. 

"Kami telah menghadapi banyak tekanan sejak hari pertama, dan pastinya ia akan menjadi satu kekecewaan besar jika kami tidak berjaya mendapat tempat. Kami mempamerkan aksi terbaik kami, dan kami tahu bahawa kami adalah pasukan kegemaran peminat.,"kata Rodrigo Ulibarri, pemain, México Quetzales - Armadillos FC.

Pertarungan untuk tempat ketiga bukan sesuatu yang biasa. Greni Smith menguasai Zero Tenacity dalam pusingan digital dengan skor 6–2. Namun, Zero Tenacity bangkit dengan hebat di atas padang, menjaringkan empat gol dalam usaha untuk membalikkan kedudukan perlawanan. Namun, Greni Smith tetap bertahan dan berjaya menambah satu lagi jaringan untuk memastikan kemenangan dramatik dan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan jumlah skor keseluruhan 7–6.

"Pasukan ini berbangga. Kami tahu masih banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum Disember. Segalanya yang kami lalui untuk sampai ke tahap ini sememangnya berbaloi ,  dan kami akan kembali dengan lebih kuat dan bertekad untuk menang."kata Nizam Omeragi?, pemain, Greni Smith.

Perlawanan separuh akhir menyajikan aksi penuh debaran dan semangat juang, dan berjaya mencetuskan semangat untuk pentas akhir:

  • México Quetzales - Armadillos FC menewaskan Zero Tenacity dalam sepakan penalti dramatik selepas kedua-dua peringkat berakhir dengan seri 4–4.
  • CM Jardim melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Greni Smith, dengan kemenangan 3–1 dalam pusingan digital dan keputusan seri 2–2 di padang, menjadikan skor akhir 5–3.

Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International  berkata: "Dengan berakhirnya Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football, pentas kini siap sedia untuk Games of the Future di Abu Dhabi pada bulan Disember. Ia adalah kemuncak dedikasi sepanjang tahun daripada atlet dari seluruh dunia dan kami meraikannya bersama mereka pada masa ini dan menantikan apa yang mereka, dan ramai atlet lain, akan capai pada akhir tahun ini."

The Phygital Contenders: Abu Dhabi – Kejohanan bola sepak, dihidupkan oleh ASPIRE dengan kerjasama Ethara dan pemegang hak global Phygital International.

Dengan Abu Dhabi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab global bagi inovasi dan sukan generasi baharu, tumpuan kini beralih kepada bulan Disember apabila Emiriah menjadi tuan rumah kepada phygital athlete terbaik dunia daripada pelbagai latar belakang dan disiplin di Games of the Future 2025. Nis Hatt meneruskan: "Abu Dhabi adalah platform antarabangsa yang sesuai. Ia berfokuskan masa depan, berlandaskan teknologi, dan telah banyak melabur dalam bidang sukan dan pertandingan siber. Ia mempunyai keazaman, keupayaan dan infrastruktur untuk menganjurkan format sukan baharu sepenuhnya dan melakukannya dengan cemerlang."

Maklumat Tentang Phygital International (PI):

Phygital International ialah penganjur phygital sports (sukan fizital) pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future, serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.

Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi:  

Maklumat Tentang Games of the Future:

Games of the Future ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak phygital sports. Kejohanan ini menghimpunkan para wira phygital sports generasi akan datang daripada seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future 2025 akan diadakan di Abu Dhabi, UAE manakala Games of the Future 2026 akan berlangsung di Astana, Kazakhstan.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi:

Maklumat tentang ASPIRE:

ASPIRE memacu penciptaan teknologi transformasi masa depan sebagai cabang pemecut inovasi di bawah Majlis Penyelidikan Teknologi Maju Abu Dhabi (ATRC). ATRC bertanggungjawab merangka strategi penyelidikan dan pembangunan Abu Dhabi, menyatukan dana untuk pelaburan yang cekap, serta mendorong dasar dan peraturan. ASPIRE bekerjasama dengan pihak berkepentingan merentas sektor industri, universiti, dan institusi penyelidikan untuk merangka pernyataan masalah. Firma ini juga melancarkan cabaran besar dan pertandingan antarabangsa untuk menyelesaikan beberapa isu paling mendesak di dunia. ASPIRE menyatukan orang, idea, sumber dan teknologi yang luar biasa untuk menyelesaikan cabaran yang kompleks.

Untuk maklumat lanjut, layari  

Maklumat Tentang Ethara:

Ethara sedang membentuk masa depan hiburan, sukan, budaya, perkhidmatan acara, dan pengurusan aset di peringkat serantau dan antarabangsa. Dengan pejabat di Abu Dhabi, Dubai dan Riyadh, syarikat ini mempunyai lebih daripada 300 profesional yang menawarkan kepakaran, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang tiada tandingan. Ethara, yang bermaksud 'keseronokan' dalam bahasa Arab, mengendalikan portfolio aset yang mengagumkan, termasuk Litar Yas Marina, Taman Etihad, Arena Etihad, Pusat Persidangan Yas, Bandar Sukan Zayed dan Rumah Kelestarian. Syarikat ini bekerjasama dengan syarikat penganjur acara terkemuka, pemilik IP dan rakan hiburan di dalam dan luar negara untuk menyampaikan acara dan pengalaman bertaraf dunia yang pertama seumpamanya di pasaran.

Untuk maklumat lanjut, lawati:

Phygital Athlete Participating in the Digital Side of a Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football
Phygital Athlete Participating in the Digital Side of a Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football

 

Phygital Athlete Participating in the Phygital Stage of a Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football
Phygital Athlete Participating in the Phygital Stage of a Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football

 

Phygital Athlete Shooting in the Phygital Side of Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football
Phygital Athlete Shooting in the Phygital Side of Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football

 

Phygital Club Supporting During the Digital Stage of Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football
Phygital Club Supporting During the Digital Stage of Phygital Contenders: Abu Dhabi – Football

 

Source: Phygital International
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports New products/services