亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Membina Peralatan Lebih Pintar: SANY Percepat Transformasi Pintar

SANY Group
2025-08-07 20:30 30

SHANGHAI, 7 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Dalam menghadapi anjakan global ke arah pembuatan pintar dan rendah karbon, SANY komited kepada strategi "Globalisasi, Pendigitalan, Penyahkarbonan". Dengan memfokuskan pada produk pintar, pembuatan dan operasi, syarikat ini mempercepat peralihannya daripada pengilang peralatan tradisional kepada penyedia terminal data-pintar.

 
SANY's autonomous paving & compaction fleet

Bagi menyokong anjakan ini, SANY menaik taraf peralatan teras dengan automasi, pendigitalan serta teknologi pintar dan dalam masa yang sama meluaskan sistem pembuatan pintar dan operasi digital global dengan pantas. Ketika ini, syarikat menubuhkan institut-institut penyelidikan pintar di semua pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dengan memanfaatkan teknologi seperti Internet Pelbagai Kenderaan (IoV), kecerdasan buatan dan data raya, SANY membangunkan portfolio terpelbagai yang terdiri daripada produk-produk pintar yang meliputi pelbagai senario aplikasi.

Penggunaan Pintar Merentas Industri-industri Utama

Dalam bidang-bidang seperti perlombongan, infrastruktur bandar dan pembangunan tenaga, produk-produk pintar daripada SANY sudahpun beroperasi.

Di Mongolia Dalam, sejumlah 40 trak lombong luar lebuh raya autonomi beroperasi dalam kumpulan pengangkutan 24/7 terselaras di lombong arang batu utama; Di Kunming, jentera angkut tanpa pemandu beroperasi tanpa henti di loji pengelompokan konkrit; Sistem pengurusan kumpulan pengangkutan pintar SANY Heavy Truck membolehkan pasukan yang terdiri daripada 15 anggota mengurus lebih 200 trak.

Melalui penggunaan ini, SANY mengintegrasikan peralatan, aliran kerja dan sistem digital bagi membolehkan mesin "berfikir, membuat keputusan dan berkolaborasi".

Jentera Jalan Raya sebagai Wadah Pintar

Dalam inovasi pintar SANY, kumpulan pengangkutan penurapan & pemadatan autonomi menjadi contoh yang menonjol. Pada 16 Julai, SANY menganjurkan Sidang Kemuncak Pelanggan Premium Jentera Jalan Raya Global pertamanya di Changsha yang melaluinya lebih 600 pelanggan dari hampir 40 negara menyaksikan penyelesaian turap pintarnya beroperasi.

Semasa sesi demonstrasi, penurap autonomi menurap jalan asfalt sepanjang 100-meter dengan ketepatan yang tinggi, diikuti dengan lancar oleh dua penggelek dwidram dan dua penggelek pneumatik. Koordinasi pada masa nyata dan kualiti membuatkan pelanggan berasa kagum secara keseluruhan.

Sejak melancarkan kumpulan mesin jalan raya tanpa pemandu generasi pertama pada tahun 2019, SANY membangunkannya kepada generasi ketiga dan kini dilengkapi dengan:

  • Kawalan Jitu: Teknologi yang dibangunkan sendiri mengintegrasikan persepsi dan penentududukan untuk pengesanan susur jalan yang tepat, mengupayakan sisihan tepi sifar.
  • Keselamatan Dipertingkat: Sistem pemanduan tanpa pemandu, LiDAR & lakuran tampakan untuk mengelakkan halangan, mengurangkan lebih 60% tenaga kerja di lapangan.
  • Pengoptimuman Pintar: Melaraskan kaedah-kaedah pemadatan secara automatik mengikut keadaan tapak sekali gus memastikan kerataan lapisan permukaan (σ < 0.75 mm).

Kumpulan pengangkutan autonomi ini kini digunakan dalam lebih 50 projek di China.

Memandang ke hadapan, SANY akan meningkatkan pelaburannya dalam R&D teknologi pintar dan teras selain bertindak balas kepada permintaan pasaran dengan cekap, terus-menerus menyediakan penyelesaian peralatan yang canggih, cekap dan hijau kepada pelanggan global!

Source: SANY Group
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing