亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Pengedar solar OSW memperoleh USD $5.5 juta untuk mempercepatkan pengembangan global

OSW
2025-08-21 07:00 4

Dana untuk mendorong pengembangan OSW A.S. dan pelancaran platform teknologi

SYDNEY, 21 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- OSW (One Stop Warehouse), pemborong dan pengedar solar yang terkemuka di Australia, telahpun memperoleh dana strategik sebanyak USD $5.5 juta daripada SparkEdge Capital, firma modal teroka peringkat atasan berpangkalan di Shanghai yang memfokuskan pada sektor tenaga serta teknologi.

Laluan menuju penerimagunaan solar global

Ditubuhkan pada tahun 2013, OSW mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam sektor solar Australia selama lebih sedekad serta memegang bahagian pasaran selama tujuh tahun berturut-turut. Di peringkat antarabangsa, syarikat ini bertapak kukuh di seluruh Eropah, terutamanya di Belanda dan Poland iaitu tempat ia mencapai penembusan pasaran lebih 20% di kawasan-kawasan terpilih.

Modal baharu ini akan mendorong fasa pertumbuhan antarabangsa OSW yang seterusnya dalam pasaran-pasaran solar yang utama, termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Sepanyol dan Romania. Dana ini juga akan mempercepat pelancaran platform teknologi proprietari OSW, GreenSketch yang mendigitalkan dan menghubungkan setiap peringkat dalam rantaian nilai tenaga bersih.

Pengasas OSW Anson Zhang menyatakan, "Kami telahpun menerajui pasaran Australia selama bertahun-tahun - pelaburan ini merupakan satu pencapaian penting tatkala kami berkembang ke pasaran-pasaran baharu dan terus membangunkan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong peralihan tenaga global. OSW membina platform internet industri tenaga teragih dipacu AI - visi kami adalah untuk menjadi 'Amazon' bagi tenaga bersih, seterusnya menyampaikan penyelesaian bersepadu."

Tahun ini, OSW melancarkan  - platform yang dijangka akan merevolusikan penggunaan dan pelancaran solar yang lebih pantas. GreenSketch ialah platform reka bentuk solar hujung-ke-hujung pertama di dunia yang menawarkan penyelesaian berkos sifar, mengintegrasikan reka bentuk, perolehan, permohonan subsidi dan pengurusan projek dalam satu antara muka digunakan-percuma.

Menyokong masa depan solar

"Kami tertarik dengan keupayaan unik OSW yang menggabungkan perisian pintar dengan kepakaran sektor yang mendalam," kata Bin Wang, Rakan Kongsi di SparkEdge Capital. "Alat-alat seperti GreenSketch menetapkan standard baharu untuk penghantaran tenaga bersih - dan kami percaya OSW berada di kedudukan yang dapat menerajui gelombang penerimagunaan solar global yang seterusnya."

Dengan sokongan daripada SparkEdge Capital, OSW memberi tumpuan untuk mengintegrasikan alatan dikuasakan AI dan automasi ke dalam setiap lapisan perjalanan solar - bermula daripada reka bentuk dan pematuhan sistem, hinggalah pemarkahan kredit dan juga penjejakan karbon. Perkongsian strategik di setiap kawasan akan menyokong penggunaan setempat dan membantu meningkatkan infrastruktur tenaga bersih OSW di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai OSW, sila . Bagi mereka yang bersedia untuk merasai pengalaman GreenSketch,  untuk mendaftar dan mula mereka bentuk secara percuma.

 

Source: OSW
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Financing agreements