亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Hollyland Perkenal Monitor Tanpa Wayar Semua-dalam-Satu 5.5-inci Pyro 5

Hollyland
2025-08-21 21:00 29

Lebih Daripada Sebuah Skrin: Hollyland Memperkenalkan Monitor Tanpa Wayar Semua-dalam-Satu 5.5-inci Pyro 5 bagi Meningkatkan Kecekapan dalam Penerbitan Filem Profesional

SHENZHEN, China, 21 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Hollyland dengan bangganya mengumumkan pelancaran Pyro 5, tambahan rintis yang terkini kepada barisan Pyro Series. Peranti pelbagai fungsi ini menggabungkan paparan berdefinisi tinggi, kawalan kamera, pengurusan kandungan dan keupayaan penghantaran masa nyata, lantas menjadikannya sebagai penyelesaian yang sempurna untuk pemantauan berbilang pengguna dalam senario penggambaran yang dinamik, seperti penerbitan filem, acara langsung, aplikasi ENG/EFP dan banyak lagi.

Ciri-ciri Berkuasa, Mesra Pengguna yang Menetapkan Standard Industri

Pyro 5 menonjol menerusi ciri-cirinya yang berkuasa dan reka bentuk mesra pengguna, lalu menetapkan standard industri yang baharu. Dengan keupayaan rakaman lanjutan, termasuk rakaman proksi dan penandaan kandungan, proses pasca penerbitan menjadi jauh lebih cekap. Alat analisis imej terbina dalam, termasuk bentuk gelombang, bantuan fokus, LUT 3D dan corak zebra, membolehkan pengguna menilai kualiti imej dengan cepat, seterusnya meningkatkan aliran kerja penerbitan keseluruhan. Pyro 5 turut membawakan reka bentuk pasang dan pakai "Ready Out of the Box" ("Sedia Di Luar Kotak") yang dapat mempermudah proses persediaan. Pelbagai pilihan kuasa dan reka bentuk antena lepas cepat dapat memastikan operasi yang andal dalam persekitaran yang pelbagai, seterusnya menjadikan peralihan di set penggambaran lebih lancar dan lebih cekap.

Lebih daripada sebuah Skrin: Penaiktarafan Teknologi Inovatif

Sebagai tambahan kepada keupayaan operasinya yang teguh, Pyro 5 dilengkapi dengan skrin kecerahan tinggi 5.5-inci, 1500-nit yang dapat memastikan pengguna boleh melaraskan parameter penting dengan mudah walaupun dalam keadaan pencahayaan luar yang mencabar. Menyokong operasi dwijalur 2.4G dan 5G, Pyro 5 meningkatkan kestabilan isyarat dan kelajuan respons, lalu menjadikannya teman yang ideal untuk sebarang persediaan penerbitan. Dengan pilihan gelung-keluar HDMI dan SDI, monitor ini juga dapat berintegrasi lancar dalam pelbagai persekitaran penerbitan.

Kelebihan Ekosistem Pyro: Meningkatkan Penghasilan Kolaboratif

Berdasarkan kekuatan daripada Pyro series, Pyro 5 menawarkan beraneka kelebihan ekosistem yang dapat memudahkan penerbitan kolaboratif. Salah satu ciri yang menonjol daripada ekosistem Pyro ialah keupayaannya untuk menghantar satu isyarat kepada empat penerima menggunakan teknologi siaran WiFi, lalu membolehkan semua petugas memantau pada masa nyata dengan isyarat yang stabil. Teknologi Loncat Frekuensi Auto (Auto Frequency Hopping) proprietari daripada Hollyland tekal mengimbas dan membuat pelarasan bagi mencari saluran tanpa wayar yang optimum, seterusnya memastikan sambungan yang andal pada jarak sehingga 400 meter. Keupayaan ini, digabungkan dengan kependaman rendah dan pengoptimuman saluran automatik dapat menjamin pemantauan masa nyata tanpa lengah. Di samping itu, Pyro 5 menyokong Tukar Ganti Berbilang Kamera, lalu membolehkan peralihan yang lancar antara kumpulan kamera—keupayaan penting bagi mengikuti penerbitan langsung yang pantas. Apabila berbilang sistem Pyro digunakan, ciri Perpasangan Kunci dapat memastikan setiap penerima kekal disambungkan dengan selamat kepada pemancar asalnya, lalu mengelakkan sebarang percampuran isyarat.

Pyro 5 kini boleh dibeli melalui pengedar tempatan dan kedai Amazon Hollyland.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan maklumat produk yang terperinci, sila kunjungi .

Memandang ke hadapan, Hollyland merancang untuk terus mengembangkan barisan produknya bagi membangunkan penyelesaian bersepadu yang dapat memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, seterusnya memacu pertumbuhan industri yang pesat dan mampan.

LATAR BELAKANG HOLLYLAND TECHNOLOGY 

Shenzhen Hollyland Technology Co., Ltd. ('Hollyland' atau 'Hollyland Technology') memperkasakan pelanggan global dengan penyelesaian berciri profesional yang direka khusus untuk data tanpa wayar, penghantaran audio dan video serta penyelesaian interkom tanpa wayar sejak tahun 2013. Produk-produk utama termasuk Solidcom C1, Mars 400s Pro, Mars 4K, Mars M1, Cosmo C1 dan Lark M1.

Hollyland menyediakan perkhidmatan di banyak pasaran, termasuk pembikinan filem, penggambaran televisyen, penghasilan video, penyiaran, penstriman langsung, acara langsung, pameran, media penyiaran, produksi, acara umum, teater, rumah ibadat, rumah sewa dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi , ,  dan .

Source: Hollyland
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics New products/services