亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

PPA Tour Asia bawakan Piala Berturut-turut ke Malaysia dan Vietnam

PPA Tour Asia by UPA Asia
2025-08-25 09:00 17

SINGAPURA, 25 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Selama dua minggu berturut-turut aksi bola pikel yang sebenarnya bakal berlangsung, dengan PPA Tour Asia membawakan Piala berturut-turut ke rantau ini. Malaysia dan Vietnam bersiap siaga untuk menjadi tuan rumah kepada nama-nama terbesar dan para peminat paling tegar, tatkala bola pikel terus mengambil alih gelanggang benua ini.

Double Cups Set Stage For South East Asia Pickleball Showdown
Double Cups Set Stage For South East Asia Pickleball Showdown

Aksi ini bermula dengan Piala Malaysia (24-28 September 2025) di 9Pickle Setia Alam dan Pusat Konvensyen Setia City di Kuala Lumpur, sebelum mara terus ke Piala Vietnam (30 September - 4 Oktober 2025) bertempat di Tien Son Sports Arena dan Tuyen Son Sports Complex di Da Nang. Dengan hadiah terkumpul profesional bernilai AS$150,000 di setiap persinggahan dan tempat-tempat bertaraf dunia yang menanti, acara ini telahpun menarik minat beberapa nama besar tersohor yang bersungguh-sungguh.

Membuat penampilan dalam aksi ini ialah Ben Johns. Menerusi lebih 150 gelaran PPA Tour yang diraih di Amerika Syarikat, kini Johns membawa pengalaman GOAT terus ke pintu masuk Asia.

Turut sama menyertai pemburuan pingat emas ialah bintang handalan Perseorangan Lelaki No.1 Federico Staksrud. Nama yang gah di Argentina itu akan berlepas merentas Pasifik untuk bersaing di tengah-tengah lokasi acara bola pikel Asia ini. Royalti akan menjadi tumpuan dengan ratu beregu Anna Bright membawa bahang perlawanan ke Malaysia.

Barisan blokbuster diteruskan dengan Tyson McGuffin, Tyra Hurricane Black, Christian Alshon, Zane Navratil, Zoey Chao Yi Wang, Kaitlyn Christian, Alix Truong dan lebih ramai lagi pemain kegemaran peminat serta wira tempatan yang bersiap siaga untuk mengambil tempat dengan padel mereka.

"Kami berasa teruja untuk membawa PPA Tour Asia Cups sulung kami ke Malaysia dan Vietnam masing-masing melalui kolaborasi bersama tuan rumah kami Bold D Court and Manage serta Americas & Asia Connect Company. Menarik minat atlet bola pikel terbaik dunia ke rantau ini, peminat-peminat akan dapat menyaksikan para pemain dari rantau ini mencabar yang terbaik daripada yang terbaik tatkala sukan ini terus berkembang pesat di seluruh Asia," kata Kimberly Koh, Pengarah Urusan UPA Asia.

Aksi amatur akan menjadi bahagian penting dalam kedua-dua kejohanan. Para pemain daripada semua peringkat usia dan bahagian akan bersaing di samping pemain-pemain profesional, dengan pingat emas dan hak bermegah menjadi rebutan sepanjang kedua-dua minggu.

Bersiap sedia untuk menempuh sebuah perjalanan di tengah-tengah lokasi sukan bola pikel Asia ini. Nantikan lebih banyak perkembangan mutakhir mengenai tiket, pendaftaran pemain serta pengalaman peminat.

Latar Belakang PPA Tour Asia:

PPA Tour Asia membawakan struktur kejohanan tiga peringkat - acara Slam, Piala dan Terbuka - memastikan semua wilayah dan peringkat pertandingan mengalami jelajah sukan bola pikel yang unggul. Mata yang diperoleh di acara-acara ini dihitung dalam Pemeringkatan PPA Tour Asia, tatkala pemain-pemain memburu mahkota No.1 yang berprestij - pengiktirafan tertinggi bagi dominasi dalam sukan bola pikel profesional Asia.

Latar Belakang UPA Asia:

UPA Asia, yang mengendalikan PPA Tour Asia, ialah jelajah sukan bola pikel profesional dan amatur terulung di Asia, mengkhusus untuk meluaskan tahap tertinggi sukan ini di seluruh rantau ini. Kami memberi tumpuan untuk membangunkan para atlet profesional melalui acara bertaraf dunia, program latihan elit serta laluan profesional dan dalam masa yang sama menarik peminat baharu dan meningkatkan penyertaan. Dengan menjalin perkongsian strategik dan menyampaikan pengalaman kejohanan yang luar biasa, kami memberi tempat kepada bola pikel sebagai sukan yang terkemuka di Asia. PPA Tour Asia:  |  |  | |

Source: PPA Tour Asia by UPA Asia
Keywords: Sporting Events Sports Fitness/Wellness