![]() |
SHENZHEN, China, 25 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada sambutan hari jenama , Hollyland membawakan lebih 30 pencipta global ke China sempena jelajah selama lima hari yang memfokuskan pada penyatuan budaya melalui teknologi dan kreativiti. Sepanjang tujuh tahun yang lalu, Hollyland memperkasakan lebih lima juta pencipta, dengan membantu mereka berkembang daripada pencerita menjadi pempengaruh yang dikenali. Sambutan pada tahun ini memberi tumpuan pada CONNECTION, dengan menggunakan teknologi untuk menyatukan orang ramai dan mendayakan kolaborasi yang melangkaui sempadan dan bahasa.
Sebuah Perjalanan Pertukaran Budaya dan Inspirasi Teknologi
Mulai 27-31 Ogos, Jelajah China selama lima hari akan dimulakan dengan Hari Terbuka di ibu pejabat Shenzhen Hollyland yang menawarkan tetamu dengan pandangan imersif terhadap nadi inovasi bandar ini. Para pelawat akan dapat mengetahui tentang sejarah Hollyland serta kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui bengkel siaran langsung amali dan juga sesi perangkaian bersama rakan pencipta.
Hari Kebudayaan (28 Ogos) akan membawa peserta ke "bandar ajaib 8D" Chongqing bertingkat dan di sana mereka akan menyelami tradisi tempatan, menikmati stimbot asli dan menyertai "pertempuran sumber penggambaran" yang bersemangat.
Pada Hari Panda (29 Ogos), para peserta akan dapat berseronok melalui pertemuan dengan panda gergasi, tradisi kedai teh dengan persembahan kebudayaan serta pemandangan latar langit yang menakjubkan daripada Dek Eksplorasi Raffles City Chongqing bagi menyelami daya tarikan Chongqing yang unik.
Hari Kreatif (30 Ogos) akan menawarkan penerokaan mendalam yang bersemangat ke kawasan jalanan "8D" yang terkenal di Chongqing, yang mencapai kemuncaknya dengan pertunjukan dron mengagumkan yang melintasi pandangan bandar bercahaya, diseimbangkan dengan detik-detik santaian melalui urutan tradisional serta pengalaman spa.
Perjalanan ini akan diakhiri dengan Hari Perayaan pada 31 Ogos apabila para peserta akan menyusun album kenangan bersama, menyertai pencarian harta karun, menyusuri sungai di bawah bintang dan menikmati makan malam perpisahan yang berlatarbelakangkan pemandangan waktu malam bandar yang berkilau.
"Sepanjang dekad yang lalu, Hollyland berkembang melangkaui sekadar penyedia alatan kreatif. Kami menjadi rakan kongsi teknologi yang dipercayai untuk berjuta-juta pencipta," kata Charon Liu, Pengurus Jenama Hollyland. "Daripada perbualan kami bersama pembikin filem dan pengguna di seluruh dunia, kami mendapat tahu bahawa cabaran terbesar bukan sahaja mengenai teknik kamera atau kemahiran merakam. Inisiatif WeConnect diwujudkan untuk memberi komuniti kami, pengguna yang telah berkembang bersama kami, dengan lebih banyak peluang untuk berkongsi idea, mencetuskan inspirasi dan memastikan setiap suara unik dapat merentas sempadan dan didengari di seluruh dunia."
Meraikan Kreativiti Seluruh Dunia melalui Bunyi, Cerita dan Kolaborasi
Dilancarkan pada 15 Julai, sambutan Hollyland WeConnect 2025 jauh melangkaui Jelajah China. Projek yang berlangsung mulai 28 Julai hingga 12 September, mengumpulkan karya berasaskan suara daripada pencipta di seluruh dunia, merentasi bahasa dan geografi. Lebih daripada 3,000 klip sudahpun dipamerkan, di samping Makmal Lagu Tema, yang mentransformasikan menjadi muzik. Tiga pemuzik menggubah lagu berdasarkan akaun sebenar ini, dengan orang ramai mengundi lagu yang akan menjadi tema rasmi acara ini.
mengundang pencipta untuk mengabadikan detik-detik yang menyatukan orang ramai merentas budaya, menggabungkan tradisi dan juga teknologi. Melalui lensa peribadi, para peserta memaparkan perspektif asli berkenaan kampung halaman, budaya dan masyarakat mereka, lalu memberi penambahan kepada mozek cerita global yang semakin berkembang.
Versi Khas Hollyland Academy dibina berasaskan program latihan dan pertukaran antarabangsa syarikat ini dengan memperkenalkan pengalaman kreatif bertemakan tempatan. Para peserta boleh menyertai bengkel berfokuskan budaya, berkolaborasi dalam projek dan bersaing untuk memenangi ganjaran eksklusif, seterusnya memupuk jaringan pencipta global yang terbuka dan terhubung.
Dipercayai lantaran teknologinya yang andal dan pendekatan dipacu inovasi, Hollyland terus menghubungkan komuniti kreatif global melalui alatan, idea dan pengalaman. WeConnect 2025 sekali lagi menyatukan teknologi dan budaya, memperkasakan pencipta untuk berkongsi, belajar dan berkembang, sekali gus menguatkan suara yang pelbagai serta memupuk hubungan bermakna bagi memajukan kolaborasi kreatif global.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: .