![]() |
Tsunoda Berganding dengan Gordon Ramsay dalam Kempen Berprestasi Tinggi yang Menggabungkan Kelajuan, Ketepatan dan Keunggulan Kulinari
LOS ANGELES, 27 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- , perkakas dapur berprestasi tinggi yang menjadi pilihan chef terkenal serta tukang masak rumah yang beraspirasi tinggi, hari ini mengumumkan bintang Formula 1 yang sedang meningkat naik, Yuki Tsunoda, sebagai Duta Jenama Global terbaharunya Kerjasama ini melancarkan kempen antarabangsa yang menggabungkan ketepatan perlumbaan dengan seni kulinari, dua dunia peralatan elit, fokus dan pelaksanaan sempurna menjadi penentu utama kejayaan.
Tsunoda, terkenal dengan gaya pemanduan beraninya dan personaliti yang mencuri perhatian, turut berkongsi minat mendalam dalam dunia masakan rumah, malah sudah lama menyimpan impian untuk menjadi seorang cef. Kini, beliau berganding bahu dengan Gordon Ramsay, salah satu figura paling ikonik dalam dunia kulinari global menerusi kempen terbaharu penuh dinamik, High Performance Cookware (Alat Masak Berprestasi Tinggi) bersama HexClad, yang meraikan prestasi di setiap peringkat. Dalam sentuhan kreatif yang berani, kedua-dua bintang ini bertukar peranan - Tsunoda mengambil alih dapur, manakala Ramsay pula berjenaka mahu berada di belakang stereng, membuktikan bahawa kunci kepada prestasi dalam apa-apa jua bidang bermula dengan peralatan yang tepat.
"Makanan dan memasak adalah sebahagian besar daripada hidup saya, dan saya amat gemar meluangkan masa di dapur," kata Yuki Tsunoda. "Bekerjasama dengan HexClad terasa begitu semula jadi, perkakas dapurnya menjadikan pengalaman memasak lebih menyeronokkan, sambil memberi saya peralatan untuk memasak pada tahap profesional," katanya lagi.
Tsunoda kini menyertai barisan duta HexClad yang semakin berkembang, diterajui oleh Gordon Ramsay, yang mempercayai perkakas dapur hibrid berpatennya kerana ketahanan, prestasi dan reka bentuknya yang tiada tandingan. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Tsunoda akan tampil dalam kandungan kempen global sepanjang musim F1 2025, menonjolkan cara HexClad menyokong kehidupannya di luar litar dengan perhatian terhadap prestasi yang sama seperti yang dibawanya ke setiap perlumbaan. Beliau juga akan memakai logo jenama HexClad pada topi keledar perlumbaannya pada satu perlumbaan musim ini.
"Yuki ialah seorang atlet yang luar biasa, tetapi apa yang menjadikannya sempurna untuk HexClad ialah cara fikirannya. Beliau penuh dengan semangat, tepat dan memberikan segalanya," kata Daniel Winer, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HexClad. "Kami membina jenama ini untuk mereka yang mahukan peralatan terbaik bagi mendorong diri ke tahap tertinggi, sama ada ketika memasak hidangan malam ataupun mengejar kejuaraan," tambahnya.
Pengumuman ini hadir seiring gelombang momentum buat HexClad, yang terus berkembang di peringkat global serta mentakrifkan semula cara perkakas memasak berprestasi tinggi sedang menggerakkan industri. Dengan penyertaan Tsunoda, jenama ini semakin kukuh menempatkan diri bukan sahaja dalam dunia kulinari, malah juga di pentas sukan global.
Kempen ini, yang digarap oleh HexClad dan diterbitkan oleh KODE Media di bawah arahan pengarah komersial pemenang Cannes, Peter Franklyn Banks, akan dilancarkan di peringkat global merentasi siaran televisyen, digital dan platform sosial bermula musim luruh 2025, dengan sokongan strategi PR dan runcit merentas pelbagai pasaran termasuk A.S., U.K., Jepun dan seterusnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari
Maklumat tentang HexClad:
HexClad ialah jenama perkakas dapur premium global yang berpusat di Los Angeles, terkenal dengan teknologi hibrid berpatennya yang menggabungkan keluli tahan karat dengan lapisan tidak melekat, menawarkan prestasi, ketahanan dan kemudahan penggunaan yang tiada tandingan. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, HexClad telah mentakrifkan semula perkakas memasak moden dengan rangkaian penuh produk berprestasi tinggi, termasuk periuk belanga, pisau, papan pemotong, apron dan aksesori dapur. Dipasarkan melalui saluran terus kepada pengguna serta rakan runcit strategik, HexClad telah membina kelompok pengikut global yang penuh minat dengan memperkasakan tukang masak pada setiap peringkat melalui produk yang berani melanggar kebiasaan dan mencabar kelaziman. Jenama ini turut tersenarai dalam Inc. 5000 sebagai antara syarikat persendirian yang paling pesat berkembang di Amerika bagi tahun 2023–2025. Ketahui lebih lanjut di .
Video -
Logo -