SUZHOU, China, 29 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, ECOVACS (603486.SH), peneraju bertaraf global bagi robotik perkhidmatan, telahpun menggariskan prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya dalam Laporan Kemampanan 2024.
Sebagai perintis bagi robotik perkhidmatan rumah dan peralatan rumah pintar, ECOVACS menyampaikan produk pintar, andal dan berprestasi tinggi serta menganggap kemampanan sebagai pemacu teras bagi nilai jenama. Berpandukan strategi kemampanannya, KEMAJUAN (PROGRESS), ECOVACS membayangkan untuk mewujudkan dunia yang lebih bertanggungjawab, inklusif dan mampan. Tatkala ia memajukan strategi ini, ECOVACS memenuhi tanggungjawab alam sekitar dan sosialnya sekali gus memperkukuh jenamanya, ECOVACS ROBOTICS dan TINECO, sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam kehidupan harian pengguna.
Laporan kemampanan mengetengahkan pencapaian ECOVACS dalam aspek kecekapan tenaga dan kitar semula, pengurangan emisi karbon, keselamatan data serta perlindungan privasi. Ia turut menggariskan matlamat strategik masa depan syarikat ini dan juga sejauh mana strategi KEMAJUAN dapat membimbing usaha kemampanannya secara berterusan.
Qian Dongqi, Pengerusi ECOVACS menyatakan, "ECOVACS komited untuk menyediakan pengguna di seluruh dunia dengan produk yang cekap tenaga, berprestasi tinggi dan andal. Kami mengutamakan pembangunan yang berkualiti tinggi bagi mengukuhkan daya saing serta kemampanan dan akan terus membimbing rakan kongsi industri dan juga pengguna ke arah amalan hijau dan tanggungjawab terhadap alam sekitar, seterusnya memberi sumbangan positif kepada pembangunan mampan global."
Mengurangkan Emisi Karbon dan Menggalakkan Amalan Ekonomi Kitaran
ECOVACS berjanji untuk memuncakkan emisi karbon menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060. Syarikat ini juga menetapkan matlamat kemampanan khusus 2030:
Demi mencapai matlamat ini, ECOVACS mengintegrasikan amalan pengeluaran hijau dalam operasinya, bagi mengurangkan penggunaan dan pembaziran sumber secara sistematik melalui pengoptimuman proses dan juga pengurusan tenaga:
Syarikat ini giat menyokong ekonomi kitaran melalui program tukar beli yang menggalakkan penggunaan semula serta kemampanan:
Di samping itu, ECOVACS mengintegrasikan ciri kemampanan ke dalam inovasi produknya. Pembersih vakum robot terbaru, DEEBOT X11 OmniCyclone, menggabungkan Teknologi Auto-Kosong PureCyclone 2.0 terus ke dalam Stesen OMNI – yang pertama dalam industri ini. "Revolusi tanpa beg" ini menghapuskan keperluan beg habuk pakai buang, menjimatkan sehingga 2 juta beg habuk setiap tahun[1]. Reka bentuk ini bukan sahaja mengurangkan kos untuk pengguna tetapi turut menjadikan pembersihan harian lebih cekap dan mampan.
Menjamin Keselamatan Data Teguh dan Melindungi Privasi Pengguna
ECOVACS benar-benar mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan maklumat di kesemua wilayah kendalian, termasuk Undang-undang Keselamatan Siber China, Undang-undang Keselamatan Data, Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi dan Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) EU. Syarikat ini melaksanakan kerangka pengurusan keselamatan maklumat berbilang lapisan yang komprehensif merangkumi struktur organisasi, standard dan prosedur untuk melindungi rangkaian serta data peribadi.
Pada tahun 2024, ECOVACS menerima beberapa pensijilan perlindungan data peringkat tinggi:
Laporan kemampanan ini turut mengetengahkan mengenai advokasi ECOVACS terhadap inovasi terbuka melalui kolaborasinya bersama universiti, institut penyelidikan dan rakan kongsi teknologi, menggunakan makmal bersama dan platform inkubasi bagi mempercepat pembangunan teknologi canggih. Dalam pengurusan rantaian bekalan, ECOVACS berkolaborasi dengan rakan kongsi huluan dan hiliran merentas rantaian industri untuk memacu inovasi bersama, perkongsian sumber dan keupayaan pelengkap dalam bidang-bidang seperti pembangunan teknologi utama dan juga penyelesaian hijau. Rantaian bekalan bersepadu menegak syarikat ini, digabungkan dengan fokusnya pada teknologi baru muncul seperti kecerdasan terkandung, dapat memastikan daya saingnya.
Memandang ke hadapan, ECOVACS tetap komited untuk mengintegrasikan kemampanan ke dalam setiap aspek perniagaannya, bermula daripada reka bentuk dan pembuatan produk hinggalah pengurusan rantaian bekalan serta keterlibatan pengguna. Dengan terus memajukan inisiatif hijau, memperkukuh keselamatan data dan memupuk inovasi, ECOVACS bermatlamat untuk menerajui industri robotik dan menyumbang kepada masa depan global yang lebih bertanggungjawab, inklusif dan mampan.
[1] Berdasarkan unjuran jualan DEEBOT X11. |
LATAR BELAKANG ECOVACS Group
Ditubuhkan pada tahun 1998 dan beribu pejabat di Suzhou, China, ECOVACS Group maju menjadi sebuah kumpulan dengan syarikat-syarikat tersenarai yang dipacu oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi bebas, menguasai robotik teras dan teknologi pintar, memiliki dua jenama teknologi pengguna antarabangsa "ECOVACS ROBOTICS" dan "TINECO", serta susun atur rantaian industri yang lengkap.
Sebagai peneraju dan perintis bagi robot perkhidmatan dan industri peralatan rumah pintar yang canggih, ECOVACS Group dibina berdasarkan komitmen untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada orang ramai, dengan dedikasi untuk terus-menerus berinovasi agar orang ramai di serata dunia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik melalui manfaat teknologi dan produk kami. Jenama ECOVACS ROBOTICS melancarkan pembersih vakum robotik pertama China DEEBOT dan jenama TINECO pula melancarkan pembersih vakum kering basah pintar pertama China iaitu Floor One yang kedua-duanya mendapat tempat di pasaran global dan turut membina kumpulan pengguna yang luas. Pada masa ini, produk-produk daripada ECOVACS Group dieksport ke lebih 170 negara dan wilayah di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 50 juta pengguna isi rumah.