LIUZHOU, China, 2 September 2025 /PRNewswire/ -- Mulai 28 hingga 29 Ogos, LiuGong (nombor saham 000528.SZ) menganjurkan upacara pembukaan besar-besaran LiuGong Finance Indonesia seiring bersama Hari Pelanggan di Jakarta. Lebih 300 tetamu kehormat menghadiri acara penting ini, termasuk wakil-wakil daripada jabatan kerajaan Indonesia, pemimpin persatuan industri, pelanggan utama daripada sektor perlombongan, infrastruktur dan pertanian, selain wakil-wakil daripada pasukan pengurusan LiuGong. Para hadirin melibatkan En. Zheng Jin, Pengerusi LiuGong; En. Luo Guobing, Presiden LiuGong; En. Cahyo Purnomo, Pengarah Promosi daripada Kementerian Pelaburan dan Industri Hiliran Republik Indonesia; En. Sun Shangbin, Pengerusi Dewan Perniagaan China di Indonesia.
Sinergi dan Kerjasama ? Membina Masa Depan Bersama
Hari Pelanggan yang bertemakan "Memperkukuh Sinergi, Membina Kepercayaan dan Mewujudkan Indonesia Mampan Bersama-sama" menunjukkan sepenuhnya pencapaian dan komitmen jangka panjang LiuGong dalam pasaran Indonesia.
Acara ini membawakan paparan komprehensif jentera tolak tanah LiuGong, peralatan mengangkat, mesin perlombongan dan barisan produk elektrik. Penyelesaian elektrik dan pintar tersuai yang direka untuk Indonesia menarik perhatian yang luas daripada pelanggan. Di samping itu, peringkat akhir wilayah Indonesia bagi Pertandingan Kemahiran Global LiuGong ke-8 yang diadakan secara serentak, menonjolkan lagi komitmen berterusan LiuGong terhadap pembangunan bakat serta dedikasinya untuk meningkatkan kemahiran profesional juruteknik tempatan.
Pemerkasaan Kewangan ? Penaiktarafan Nilai
Sebagai pengusaha yang terkemuka dalam industri jentera pembinaan China, LiuGong mengamalkan prinsip-prinsip "penyetempatan, penciptaan nilai dan pembangunan mampan" sejak menembusi pasaran Indonesia pada tahun 2006, seterusnya menyumbang secara aktif kepada kemajuan ekonomi serta pembangunan sosial negara. Dalam ucapannya, En. Cahyo Purnomo memberi pengiktirafan tinggi terhadap sumbangan LiuGong kepada kelestarian dan keharmonian masyarakat. Beliau memuji LiuGong bukan sahaja kerana terus-menerus memperkenalkan teknologi inovatif dan penyelesaian hijau, tetapi juga kerana memajukan penaiktarafan industri hiliran Indonesia serta penciptaan peluang pekerjaan melalui pembuatan setempat, pembangunan bakat dan pelaburan rantaian nilai penuh—lantas menunjukkan tanggungjawab sosial korporat yang kukuh dan komitmen jangka panjang syarikat ini.
Di upacara pembukaan LiuGong Finance Indonesia pada malam 29 Ogos, En. Luo Guobing menekankan bahawa pelancaran berkenaan menyaksikan satu langkah penting dalam strategi globalisasi yang komprehensif dan penyetempatan rantaian nilai penuh LiuGong. Dengan mengintegrasikan perkhidmatan kewangan, LiuGong bermatlamat untuk menaik taraf daripada penawaran produk tunggal kepada penyelesaian komprehensif yang merangkum produk, modal dan perkhidmatan. Pada tahun 2025, LiuGong Indonesia akan meneruskan pembangunannya dengan melabur dalam kemudahan pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatannya, seterusnya meletakkan asas untuk Indonesia menjadi salah satu hab global LiuGong.
En. Zhao Lei, Pengerusi LiuGong Finance Indonesia, menyatakan: "LiuGong akan memfokuskan pada pengumpulan modal industri dan sumber teras bagi memacu pertumbuhan yang mampan dan berkualiti tinggi dalam seluruh rantaian nilai LiuGong, seterusnya menyokong transformasi dan penaiktarafan industri-industri utama Indonesia."
Pembukaan LiuGong Finance Indonesia dan juga Hari Pelanggan menonjolkan komitmen tegas LiuGong terhadap operasi setempat, penciptaan nilai hijau dan kerjasama yang mampan di Indonesia. Melangkah ke hadapan, LiuGong akan terus memacu pembangunan menerusi inovasi dalam produk dan perkhidmatan kewangan sebagai dwienjin, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam tempoh jangka panjang serta menyumbang kepada pencapaian "Indonesia Emas 2045."