CHANGZHOU, China, 6 September 2025 /PRNewswire/ -- StarCharge, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian tenaga bersepadu, dengan bangganya mengumumkan perjanjian strategiknya bersama Prozeal Green Energy, iaitu salah satu EPC (kejuruteraan, perolehan dan pembinaan) dan IPP (pengeluar tenaga bebas) terbesar India, untuk membekalkan sistem storan tenaga bateri (BESS) termaju sehingga 1GWj. Kolaborasi ini akan mempercepat peralihan tenaga boleh baharu India dengan memasang atur penyelesaian BESS termaju StarCharge merentas landskap tenaga yang pelbagai di negara berkenaan.
Di bawah perjanjian ini, StarCharge akan memasang atur Sistem Storan Tenaga Kontena 5MWj yang inovatif, direka untuk meningkatkan kestabilan grid dan memudahkan integrasi tenaga boleh baharu. Dengan kapasiti 1GWj yang dijadualkan pasang aturnya dalam tahun akan datang, projek ini akan memberi sumbangan bermakna kepada sasaran India untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu 500GW menjelang tahun 2030.
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Prozeal Green Energy, iaitu EPC dan IPP terulung di India bagi menyokong peralihan tenaga boleh baharu negara berkenaan," kata En. George Zhang, Pengarah Urusan StarCharge BESS APAC. "Kolaborasi ini menyaksikan satu pencapaian yang strategik dalam pengembangan global kami dan menggambarkan visi bersama kami terhadap pembangunan tenaga lestari."
Perkongsian ini menonjolkan komitmen StarCharge untuk menyampaikan penyelesaian storan tenaga khusus yang disesuaikan dengan keperluan pasaran India yang unik. Penyelesaian BESS termaju daripada syarikat ini akan membantu meningkatkan keandalan grid, meningkatkan kecekapan tenaga dan memudahkan penerimagunaan tenaga boleh baharu berskala besar merentas infrastruktur kuasa India yang pelbagai.
StarCharge khususnya turut mencapai perjanjian BESS 100MWj bersama pelanggan Eropah Timur yang utama pada bulan Ogos. Projek ini akan mengikut jadual penghantaran berperingkat dengan penghantaran awal bermula sebelum akhir tahun, lantas menunjukkan pengembangan strategik yang berterusan oleh syarikat ini dan keupayaan pelaksanaan dalam pasaran storan tenaga antarabangsa.
Latar Belakang StarCharge
StarCharge ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian tenaga yang komprehensif. Ia menawarkan beraneka jenis penyelesaian pengecasan dan BESS pintar serta andal yang dikuasakan oleh teknologi canggih, direka untuk memenuhi keperluan pelbagai senario selain menyumbang kepada pembinaan masa depan tenaga yang lebih cekap dan bingkas.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi atau hubungi .